Semoga persinggahan ini menjadi sebahagian dari jalan kenangan..
tak mudah meludah sesuka hati...kerana yang dicari bukan kawan dalam sepi..
tetapi teman dalam taman hati...
dalam setiap kalam yang berpuisi..lidah sentiasa salah bertutur..
pena sentiasa berdakwat tersekat..tulisan terkadang menjadi kabur tuk dibaca..
tapi hati tak mungkin berbohong...
akal mendorong agar tak silap..
ruang ini dicipta untuk memberi dan menerima sepenuh hati...
tetapi tetamu yang singgah..tidaklah dipandang sepi..
kerana mereka juga berhak berkongsi..
semoga apa yang kita tabur di Bustanul 'Ilmi..menjadi buah yang segar di Jannah Firdausi..
apa pun santun kata..siapapun kita..dimana pun berada..semoga langkah kecil ini tak berhenti di sini..tetapi mengorak dengan penuh rasa rendah diri dalam hati kepada Ilahi Robbi...
No comments:
Post a Comment