Wednesday, 14 December 2011

Hujan Cinta Kita....

Bau hujan………..suka dengan harumnya bau hujan..lebatnya dia turun…basah habis bumi indah…aku suka!!! Dengan hujan aku dapat merasa cinta Sang Pencipta..dengan hujan aku jadi tertunduk..bukan tunduk dengan sifatnya yang basah dan sejuk..tunduk rasa terharu  dengan nikmat Ilahi Robbi…tak pernah kering….walau satu hari aku terlupa..lalai terleka,,nikmat itu tetap kunjung tiba…
Sememangnya Dia kekasih setia…memberi tak ada ungkitan…bah kan pemberiannya terselit 1001 hikmah…berbisik satu kalimah…agar aku sentiasa tak lupa berSYUKUR…dialog cinta bersama DIA..rasa dekat tersangat..bukan sahaja  tatkala sujud dalam pengibadatan..tapi rasa rapat dan sangat mesra bila berbicara bersama Robbi ketika hujan..masa hujan..aku suka meminta banyak….itu dan ini…aku percaya sangat..
Dia Kekasih yang ‘tak ape’ kalau aku minta banyak..Dia tak jemu bila aku memohon..Dia setia bila aku mohon agar Dia mendengar..Dia tak lari bila aku kejar…Dia sangat tahu aku memang perlukannya..aku suka melayan monolog kasih dengan Dia..bila guruh yang Dia kirim singgah berdentum berbunyi..apalagi kilat dan petirnya mengejutkan aku..aku takut…marahkah Dia dengan aku..??uh,,harini aku ada buat Dia marah..buat dia tak suka.??Allah..aku kembali….fitrah aku sungguh perlukanMu…


 Hujan tiba….baunya segar…ala2 bau karat di besi..tapi aku tetap suka.huhhu..sampai tibanya aku tahu Kuala Lumpur banjir..dan beberapa lagi kawasan banjir..aku tahu…Dia sedang marah..takutnya saat bumi Dia terbalikkan..lalu.aku sering tanyakan pada diri…Dia sering memberi setiap yang aku mahu..lambat atau cepat bukan itu yang aku kisahkan..pastinya..Dia tak pernah kering dalam memberi..Dia kan Ar Rozzaq!!Cuma aku terdiam dan terpaku….sudahkah aku lakukan yang terbaik untuk Dia harini..??semalam..???dan yang telah lepas..???

Tuesday, 6 December 2011

Fattabiouni Smile | فاتبعوني - الإبتسامة

سنن نبوية - التعامل مع النعمة

Malaysia vs Indonesia Final Sea Games 2011 at Gelora Bung Karno Stadium

Laksa Toroblusiyyah




Bahan Bahan:

Sebungkus laksa yang telah direndam semalaman
1/2 kilo ikan sardin segar yang telah disiang
10 tangkai cili kering yang telah direndam air panas
belacan sebesar 2 ibu jari (yang telah dibakar)
3 biji bawang besar
2 batang bunga kantan
beberapa tangkai daun kesum
2 keping Asam keping
Garam secukup rasa
1.75 L air

Ulam Ulaman:
2 biji bawang besar yang telah dihiris nipis kecil kecil
Sebiji timun(dihiris bulat-bulat nipis-nipis kemudian dipotong panjang dan halus)
10 tangkai cili padi yang dihiris nipis-nipis.
3 biji limau kasturi yang dibelah dua
3 biji telur ayam yang telah direbus
Daun selom yang dihiris nipis

Cara cara:
1) Laksa  yang telah direndam semalaman  direbus sehingga lembut
2) Rebus ikan yang telah disiang.Kemudian,kisarkan bersama tulang.setelah itu,ikan sardin yang telah dikisar ditapis dan dibuang tulang tulang hancur.Asingkan isi-isi ikan di dalam satu periuk kosong.
3) Langkah seterusnya,kisarkan cili kering bersama belacan dan  bawang besar,kemudian campurkan bersama sama dengan isi ikan yang telah dikisar sebentar tadi.
4) Hidupkan api dapur,letakkan periuk tadi diatas dapur.Seterusnya,tambahkan air kedalam periuk bersama dengan asam keping,daun kesum dan bunga kantan.Setelah mendidih,tambahkan garam secukup rasa.matikan api dapur.
5) Laksa siap dihidangkan bersama ulam ulaman segar.

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Toroblusiyyah




Bahan Bahan Untuk Nasi Lemak:

* Bahan A
2 pot beras yang telah dibasuh dan ditoskan airnya.(hidangan untuk 3 orang)
2 1/4 pot santan segar
Sehelai daun pandan
Halia  dikupas kulit dan diketuk sebesar 1/2 ibu jari
5 biji lada hitam
Garam secukup rasa

Bahan Bahan untuk Sambal Tumis

Semangkuk kecil cili boh@ cili kering yang telah dikisar halus
3 sudu makan minyak masak
2 ulas bawang besar
Belacan sebesar saiz ibu jari
3 biji bawang merah yang telah dihiris nipis
3 sudu makan air asam yang telah dibuang bijinya
garam dan gula secukup rasa

Bahan Bahan untuk Ayam Goreng Berempah

*Bahan B
Ayam yang telah dibasuh dan ditoskan airnya
2 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cuka
Halia/serai/bawang putih/daun limau purut yang telah dikisar halus
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara- cara:

Untuk Nasi Lemak: 

Campurkan kesemua bahan A dan masak dalam periuk nasi seperti biasa.

Untuk Sambal Tumis:

1) kisarkan cili boh@ cili giling sehingga halus bersama dengan belacan dan bawang besar.
2) panaskan minyak masak,setelah minyak panas,masukkan bawang merah yang telah dimayang halus.
3) kemudian,setelah bawang garing.masukkan bahan2 yang telah dikisar sebentar tadi.Gaul dan masak hingga pecah minyak.Perlahankan api
4) setelah itu,masukkan sedikit air asam,gula dan garam secukup rasa.Matikan api.

Untuk Ayam Goreng Berempah:

gaul dan perapkan selama 10 minit kesemua bahan B.Setelah itu,sedia untuk digoreng.Goreng sehingga garing.Angkat dan toskan minyak.

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah juga lengkap dan menarik jika dihidangkan bersama ikan bilis yang digoreng hingga garing,timun yag telah dipotong halus,kacang tanah yang telah digoreng dan telur mata kerbau........nyumm..nyummmmmmmmmmmmm,,,

Selamat menikmati juadah!







Mee Goreng Basah Toroblusiyyah




Bahan Bahan:

3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
*Ditumbuk halus
Ayam@daging@ seafood(udang dan sotong) yang telah direbus
2 sudu makan minyak masak
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan cili boh
5 senduk air stok ayam@daging@ seafood(udang dan sotong)
2 sudu makan sos tiram
2 biji tomato dibelah dua
Kubis,sawi dan lobak merah yang telah dihiris nipis
Semangkuk mee yang telah dibasuh terlebih dahulu dan ditoskan airnya
Garam dan gula secukup rasa

Setelah kuali dipanaskan,tambahkan minyak.Setelah minyak panas,tumiskan bawang putih dan merah yang telah ditumbuk halus.kacau hingga bawang naik baunya dan bertukar warna kuning keemasan.Kemudian masukkan sos tomato,sos tiram dan cili boh.Setelah pecah minyak,masukkan ayam@daging@seafood(udang dan sotong) bersama dengan air stok.Setelah mendidih,masukkan sayur lobak merah,sawi dan kubis.kacau perlahan- lahan atas api yang sederhana dan masukkan mee.Setelah mee menjadi lembut,tambahkan tomato,garam dan gula secukup rasa.


Selamat menjamu selera!

*untuk perhiasan,taburkan bawang goreng,daun bawang dan daun sup yang telah dihiris halus.

Kebab Toroblusiyyah




Bahan Bahan yang diperlukan:

Semangkuk daging@ayam cincang
Sebiji bawang besar yang dipotong dadu
2 sudu minyak masak
4 ulas bawang putih yang dihiris nipis
5 tangkai cili padi yang dipotong halus
1 sudu kecil serbuk jintan manis
3 sudu makan serbuk cili
5 sudu makan yogurt
2 biji tomato yang dipotong dadu
Garam secukup rasa
Sedikit air


Cara-caranya:

Panaskan kuali.Setelah kuali panas,masukkan minyak masak.Biar sehingga minyak menjadi panas,tumiskan bawang besar,bawang putih yang telah dipotong dadu dan dihiris nipis.


Kemudian,setelah bawang naik bau dan warnanya kekuningan,masukkan cili padi,serbuk jintan manis dan serbuk cili.Kacau rata sehingga sebati dan pecah minyak.Setelah itu,masukkan yogurt dan gaul rata.



Sedikit air bagi mengelakkan kebab terlalu kering.Setelah itu,masukkan daging@ayam yang telah dicincang.Kacau sehingga daging lembut dan selepas itu masukkan tomato yang dipotong kiub serta garam secukup rasa.Matikan api.Kebab siap untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba!
*Boleh dinikmati kebab bersama dengan roti arab@roti pita!