Wednesday, 14 December 2011

Hujan Cinta Kita....

Bau hujan………..suka dengan harumnya bau hujan..lebatnya dia turun…basah habis bumi indah…aku suka!!! Dengan hujan aku dapat merasa cinta Sang Pencipta..dengan hujan aku jadi tertunduk..bukan tunduk dengan sifatnya yang basah dan sejuk..tunduk rasa terharu  dengan nikmat Ilahi Robbi…tak pernah kering….walau satu hari aku terlupa..lalai terleka,,nikmat itu tetap kunjung tiba…
Sememangnya Dia kekasih setia…memberi tak ada ungkitan…bah kan pemberiannya terselit 1001 hikmah…berbisik satu kalimah…agar aku sentiasa tak lupa berSYUKUR…dialog cinta bersama DIA..rasa dekat tersangat..bukan sahaja  tatkala sujud dalam pengibadatan..tapi rasa rapat dan sangat mesra bila berbicara bersama Robbi ketika hujan..masa hujan..aku suka meminta banyak….itu dan ini…aku percaya sangat..
Dia Kekasih yang ‘tak ape’ kalau aku minta banyak..Dia tak jemu bila aku memohon..Dia setia bila aku mohon agar Dia mendengar..Dia tak lari bila aku kejar…Dia sangat tahu aku memang perlukannya..aku suka melayan monolog kasih dengan Dia..bila guruh yang Dia kirim singgah berdentum berbunyi..apalagi kilat dan petirnya mengejutkan aku..aku takut…marahkah Dia dengan aku..??uh,,harini aku ada buat Dia marah..buat dia tak suka.??Allah..aku kembali….fitrah aku sungguh perlukanMu…


 Hujan tiba….baunya segar…ala2 bau karat di besi..tapi aku tetap suka.huhhu..sampai tibanya aku tahu Kuala Lumpur banjir..dan beberapa lagi kawasan banjir..aku tahu…Dia sedang marah..takutnya saat bumi Dia terbalikkan..lalu.aku sering tanyakan pada diri…Dia sering memberi setiap yang aku mahu..lambat atau cepat bukan itu yang aku kisahkan..pastinya..Dia tak pernah kering dalam memberi..Dia kan Ar Rozzaq!!Cuma aku terdiam dan terpaku….sudahkah aku lakukan yang terbaik untuk Dia harini..??semalam..???dan yang telah lepas..???

Tuesday, 6 December 2011

Fattabiouni Smile | فاتبعوني - الإبتسامة

سنن نبوية - التعامل مع النعمة

Malaysia vs Indonesia Final Sea Games 2011 at Gelora Bung Karno Stadium

Laksa Toroblusiyyah




Bahan Bahan:

Sebungkus laksa yang telah direndam semalaman
1/2 kilo ikan sardin segar yang telah disiang
10 tangkai cili kering yang telah direndam air panas
belacan sebesar 2 ibu jari (yang telah dibakar)
3 biji bawang besar
2 batang bunga kantan
beberapa tangkai daun kesum
2 keping Asam keping
Garam secukup rasa
1.75 L air

Ulam Ulaman:
2 biji bawang besar yang telah dihiris nipis kecil kecil
Sebiji timun(dihiris bulat-bulat nipis-nipis kemudian dipotong panjang dan halus)
10 tangkai cili padi yang dihiris nipis-nipis.
3 biji limau kasturi yang dibelah dua
3 biji telur ayam yang telah direbus
Daun selom yang dihiris nipis

Cara cara:
1) Laksa  yang telah direndam semalaman  direbus sehingga lembut
2) Rebus ikan yang telah disiang.Kemudian,kisarkan bersama tulang.setelah itu,ikan sardin yang telah dikisar ditapis dan dibuang tulang tulang hancur.Asingkan isi-isi ikan di dalam satu periuk kosong.
3) Langkah seterusnya,kisarkan cili kering bersama belacan dan  bawang besar,kemudian campurkan bersama sama dengan isi ikan yang telah dikisar sebentar tadi.
4) Hidupkan api dapur,letakkan periuk tadi diatas dapur.Seterusnya,tambahkan air kedalam periuk bersama dengan asam keping,daun kesum dan bunga kantan.Setelah mendidih,tambahkan garam secukup rasa.matikan api dapur.
5) Laksa siap dihidangkan bersama ulam ulaman segar.

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Toroblusiyyah




Bahan Bahan Untuk Nasi Lemak:

* Bahan A
2 pot beras yang telah dibasuh dan ditoskan airnya.(hidangan untuk 3 orang)
2 1/4 pot santan segar
Sehelai daun pandan
Halia  dikupas kulit dan diketuk sebesar 1/2 ibu jari
5 biji lada hitam
Garam secukup rasa

Bahan Bahan untuk Sambal Tumis

Semangkuk kecil cili boh@ cili kering yang telah dikisar halus
3 sudu makan minyak masak
2 ulas bawang besar
Belacan sebesar saiz ibu jari
3 biji bawang merah yang telah dihiris nipis
3 sudu makan air asam yang telah dibuang bijinya
garam dan gula secukup rasa

Bahan Bahan untuk Ayam Goreng Berempah

*Bahan B
Ayam yang telah dibasuh dan ditoskan airnya
2 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cuka
Halia/serai/bawang putih/daun limau purut yang telah dikisar halus
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara- cara:

Untuk Nasi Lemak: 

Campurkan kesemua bahan A dan masak dalam periuk nasi seperti biasa.

Untuk Sambal Tumis:

1) kisarkan cili boh@ cili giling sehingga halus bersama dengan belacan dan bawang besar.
2) panaskan minyak masak,setelah minyak panas,masukkan bawang merah yang telah dimayang halus.
3) kemudian,setelah bawang garing.masukkan bahan2 yang telah dikisar sebentar tadi.Gaul dan masak hingga pecah minyak.Perlahankan api
4) setelah itu,masukkan sedikit air asam,gula dan garam secukup rasa.Matikan api.

Untuk Ayam Goreng Berempah:

gaul dan perapkan selama 10 minit kesemua bahan B.Setelah itu,sedia untuk digoreng.Goreng sehingga garing.Angkat dan toskan minyak.

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah juga lengkap dan menarik jika dihidangkan bersama ikan bilis yang digoreng hingga garing,timun yag telah dipotong halus,kacang tanah yang telah digoreng dan telur mata kerbau........nyumm..nyummmmmmmmmmmmm,,,

Selamat menikmati juadah!







Mee Goreng Basah Toroblusiyyah




Bahan Bahan:

3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
*Ditumbuk halus
Ayam@daging@ seafood(udang dan sotong) yang telah direbus
2 sudu makan minyak masak
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan cili boh
5 senduk air stok ayam@daging@ seafood(udang dan sotong)
2 sudu makan sos tiram
2 biji tomato dibelah dua
Kubis,sawi dan lobak merah yang telah dihiris nipis
Semangkuk mee yang telah dibasuh terlebih dahulu dan ditoskan airnya
Garam dan gula secukup rasa

Setelah kuali dipanaskan,tambahkan minyak.Setelah minyak panas,tumiskan bawang putih dan merah yang telah ditumbuk halus.kacau hingga bawang naik baunya dan bertukar warna kuning keemasan.Kemudian masukkan sos tomato,sos tiram dan cili boh.Setelah pecah minyak,masukkan ayam@daging@seafood(udang dan sotong) bersama dengan air stok.Setelah mendidih,masukkan sayur lobak merah,sawi dan kubis.kacau perlahan- lahan atas api yang sederhana dan masukkan mee.Setelah mee menjadi lembut,tambahkan tomato,garam dan gula secukup rasa.


Selamat menjamu selera!

*untuk perhiasan,taburkan bawang goreng,daun bawang dan daun sup yang telah dihiris halus.

Kebab Toroblusiyyah




Bahan Bahan yang diperlukan:

Semangkuk daging@ayam cincang
Sebiji bawang besar yang dipotong dadu
2 sudu minyak masak
4 ulas bawang putih yang dihiris nipis
5 tangkai cili padi yang dipotong halus
1 sudu kecil serbuk jintan manis
3 sudu makan serbuk cili
5 sudu makan yogurt
2 biji tomato yang dipotong dadu
Garam secukup rasa
Sedikit air


Cara-caranya:

Panaskan kuali.Setelah kuali panas,masukkan minyak masak.Biar sehingga minyak menjadi panas,tumiskan bawang besar,bawang putih yang telah dipotong dadu dan dihiris nipis.


Kemudian,setelah bawang naik bau dan warnanya kekuningan,masukkan cili padi,serbuk jintan manis dan serbuk cili.Kacau rata sehingga sebati dan pecah minyak.Setelah itu,masukkan yogurt dan gaul rata.



Sedikit air bagi mengelakkan kebab terlalu kering.Setelah itu,masukkan daging@ayam yang telah dicincang.Kacau sehingga daging lembut dan selepas itu masukkan tomato yang dipotong kiub serta garam secukup rasa.Matikan api.Kebab siap untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba!
*Boleh dinikmati kebab bersama dengan roti arab@roti pita!

Saturday, 5 November 2011

Ya Allah..beratnya semua ini...

Andai satu masa nanti langkah kaki ini terhenti...dan aku tak bisa lagi berdiri..mohon Kau beri kekuatan padaku untuk mengayuh dugaan ini..mendayung sampan kehidupan ini..kerana aku mengerti dan sangat memahami,hidup perlukan qudrat melawan arus terbentang,pengorbanan juga harus ada dalam batas- batas perjuangan yang bisa merapuhkan aku dan juga bisa menaikkan panji- panji semangatku..aku juga manusia biasa ya Allah..terkadang aku juga melalui saat pasang surut nikmat sebuah hidup yang terkadang menjanjikan bahagia..tapi sebenarnya yang ku dapat hanyalah duka..cukuplah ya Allah..cukuplah dengan segenggam harapan ini sahaja yang tinggal..sudah tak berbaki apapun lagi ya Allah..redhaMU aku pohon..pertolonganMu aku harap..
Andai setiap mahu ku menjadi nanah buat mereka..aku juga mahu mereka tahu..aku juga manusia biasa..aku juga memiliki Mu yang Esa untuk meminta petunjuk dlam menentukan sebuah pilihan yang sulit..jalan ini sukar Ya Allah..tapi aku yakini sangat tentang sesuatu..bahawa segalanya bermula denganMu..berpenghujung juga di tanganMu..bukan mereka yang bisa menghukumkan apa-apa..bukan mereka juga yang bisa menoktahkan segala..bukan mereka yang bisa melawan sesuatu yang terbaik yang datang dariMu ya Allah..
Ya Allah..aku tahu..satu ketika aku lalai dariMu,leka dan alpa dari mengingatiMu..aku meninggalkanMu kerana nisyannya aku sebagai insan..tetapi Engkau tak pernah biarkan aku..Engkau selalu ada..hidup dalam rohaniku..Engkau sentiasa disisiku dalam setiap batasan waktu aku memerlukanMu..dan Engkau tak pernah berlengah-lengah mendakapku..hanya kerana kelalaianku..Kau yang masih setia Ya Allah..memegang janji dan doaku yang selalu aku sebut-sebutkan padaMu.."Ya Allah..andai aku terleka..ingatkan aku..andai aku tersesat..lorongkan aku..jangan tinggalkan ku Ya Allah"..Engkau masih ada bersamaku kerana fitrahnya aku inginkan Engkau..sepinya aku bukan kerana mereka tak bersamaku..tetapi kerana mahunya aku bersamaMu..biar mereka tak disisi..tapi yang pasti Engkau Robb ku yang menemani dan melorongkan aku dalam setiap inci.....................................

Erti Hidup Pada Memberi

Ku naqolkan nukilan ini di ruangan yang terbatas ini sebagai nasihat buat diri yang terlalu kurang memberi dan terlalu banyak menerima.Diri ini sedar terlalu banyak kelemahan dan kekurangan diri ini tambahan dalam aspek pergaulan sesama manusia, juga buat tatapan teman yang lain.. sekadar renungan bersama dan hanya berkongsi apa yang terbuku di dada...
Benar lah kata Ust Hasrizal dalam penulisan beliau.. Erti Hidup Pada Memberi…sejauh mana ungkapan itu menusuk ke hatiku..?pernah tak kita berfikir..saat kita memberi salam, memberi senyuman…itu tetap juga satu pemberian kan?walaupun pemberian kita teramatlah ringkas dan tidaklah payah, sekurang-kurang biarlah pemberian kita penuh bererti..untuk diri sendiri dan untuk orang lain…yang menerima senang hati..yang memberi puas hati…
Selama hidup ini..terasa diri terlalu banyak menerima…terasa kurang memberi…
Kadang- kadang yang tak senang, bila ada yang memberi…tapi agar dirinya diingati..memberi pertolongan..tetapi mengharapkan saat musibah menimpa dirinya..orang lain akan memberi pula bantuan kepadanya..ada yang memberi sesuatu kebaikan..agar orang memujinya sebagai insan baik atau terbaik..na’uzubillahi min zaalik...entah la…nama pun manusia…tetap ada kekurangannya…ada yang memberi..tetapi seronok pula bercerita pada orang apa yang dia telah beri…bukan nak berburuk sangka tentang niatnya..Ikhlas atau tidak itu hak Allah..hanya Allah selayaknya untuk menilai..Cuma pelik dan tak sedap nak dengar…memberi pada yang memerlukan..kemudian heboh sekampung apa yang telah dia beri..bahkan bukan sekampung..sampai dalam tv pun nak disebarkan..tak pun dalam fb pun nak diumumkan..pada nisbah diri..lebih baik apa yang diberi itu hanya dalam pemerhatian Allah sahaja..insyaAllah..catatan di kanan pun penuh terisi..dan yang menerima pun pasti tak rasa seperti insan yang menagih sesuatu dan terhegeh-terhegeh untuk minta dibantu oleh orang yang memberi tadi..itu pun sebahagian dari aspek muamalah kita sesama manusia yang perlu dijaga dan terkadang kita terlupa seketika atau paling kurang pun kita ambil sambil lewa..Apa yang pasti..Allah Pemberi terbaik..
Soal menerima pula..sejauh mana kita bersyukur dalam menerima sesuatu?sama ada ujian hidup..atau kurniaan yang Allah beri..merungut itu ragam manusia yang selalu ada...kadang kita berhajat dan berdoa pada Allah..kita minta banyak sangat dekat Allah..minta itu..minta ini..tapi Allah pula..tak bagi yang itu dan yang ini..huh..merungut lagi…aduss..manusia itu asasnya sabar dulu..boleh jadi Allah tak beri hari ni..tapi berinya nanti..boleh jadi Allah tak nak beri malam ni..tapi nak beri esok pagi…kita sebagai manusia pun satu hal..kalau nak Allah bagi dekat kita apa yang kita nak..kita pun kena lah bagi dulu dekat Dia..apa yang Dia nak..
Teringat kata- kata seorang teman saat kami berdebar-debar menanti natijah.. “Fa..kalau Allah takdirkan kita dapat sekadar itu..terima je la..kalau Allah takdirkan kita dapat lebih dari itu..terima jugaklah..jangan sampai kufur nikmat..”
'Asaa an takrohuu syai an fa huwa khoirun lakum..'asaa an tuhibbuu syai an fa huwa syarrun lakum..“Boleh jadi apa yang kau benci itu baik buat mu..boleh jadi apa yang kamu suka itu  tidaklah baik untuk mu..” jadi..bila sesuatu ujian atau musibah yang Allah kirim dalam hidup kita..belajarlah untuk ikhlas diri menerimanya..mungkin ujian yang Allah beri itu kita tak suka..tapi Allah lebih tahu hikmah dan hadiah disebalik redha,ikhlas dan sabarnya kita dalam menerima ujianNya..Ya Allah..Forgive me Ya Allah..when I always whine…
La in syakartum la aziidannakum..wa la in kafartum..inna ‘azaabii lasyadiid… “Seandainya kamu bersyukur pasti Aku (Allah) akan menambah nikmat kepadamu dan seandainya kamu kufur sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” ( ayat 7 surah Ibrahim ) 
Wazkuruuni azkurkum..wasyhkuruulii walaa takfuruun..
“kerana itu ingatlah kamu kepadaKu..nescaya Aku ingat pula kepadamu..dan bersyukurlah kepadaKu..dan janganlah kamu mengingkari nikmatKu..”(ayat 152 surah al Baqarah.
“Ya Allah..stiap prjalanan hidup hamba-haambaMu, Engkau Maha Tahu segala yang rahsia..segala yg kami rencana..telah ku plih hidup bersederhana…telah ku pilih menerima apa yang ada…telah ku yakini kemurahan rezeki milikMu yang Esa…telah ku rasa belajar berkongsi apa yg tersisa..telah aku belajar untuk menjadi insan yang tidak hanya pandai menerima…tetapi memberi selagi terdaya…maka singkapkan lah untukku suatu masa nanti suatu hikmah yang tak terjangka…” 

terima kasih kepada semua yang banyak memberi kepadaku..hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian..kullu 'aam wa antum bikhoir...

hakaza hayah


Stiap insan di dunia nie pasti pernah mnghadapi mslh.. ader sesetengah insan diuji dgan maslh yg bertimpa2...sampaikan tak snggup lagi rasernyer untuk tempuh hidup ni..ader sesetgh insan pulak diuji kadang kala..baru nak mrasa nkmat seronok..dah ader ujian..tapi..itulah lumrah hidup...selagi maner kter hdup d bumi Allah..kiter takkan terlepas dari mnghadapi ujianNya..ujian tu kan antara bukti yg Allah sentiasa mnyayangi kiter dan sentiasa mnjaga kiter agar kiter tak terleka...btul tak??hurmm..ujian jugak yang boleh mnjadi kayu pengukur keimanan setiap manusia...bayangkan la sendiri..kalo hari2 kiter makan bnda manis jer..mau tak muak n loya tekak kiter??kengkadang nak gak raser mknn yg masam2 ckit..masin2..n aper2 la..cam tu la hdop nie..kalo kiter raser indah n ceria jer hidup..mstey sedikit sbnyak kiter akn berasa bosannyer dunia nie..kalo boley nak la yg mncabar skitt..baru ader ummphh..
Allah Maha Tahu..kerana itula Dia mnciptakan pahit manis..indah gelita dalam setiap khidupan hambaNya..semua nie agar hambaNya mnjadi lebih bersyukur n merasa hidup mereka lebih tercorak dgan corak2 yg mnarik..takder la stu tone colour je..heehhe..btul kan...erm..ujian n maslh juga mnjadikan seseorang itu matang n berfikiran lebih terbuka..kadng2 kiter tgok dalam berita ader je org yang terlalu cpat nak bunuh dri sbagai pnyelesaian biler buntu dlm mnghadapi sesuatu maslh..aduss..bunuh dri takkan settle kan mslh..buatnyer plan nak bunuh dri tu tak jadik..just patah kaki tangan..uat pe..lagik mnyushkan org..hurr...maslh mnjadikan seseorg tu lbih brsemangat untuk mnempuh hari2 esok..cabar dri sendri untuk melihat sejauh mana dri kiter boleh berhadapan dan mnyelesaikan mslh tu..hahaha..bler kiter berjaya mnyelesaikan sesuatu mslh..kiter akn berase aper nk tau?? raser mcam eh..tak syok la bler tadek poblem..tak de brannn la...kan..kan??mslh emang bnyak..hatta haiwan ponn ader mslh..apatah ag kiter manusia yg dkurniakan akal..maser ader maslh la bergunanya akal...
Allah ada berfirman dlm Kitab Al-Quran yg agung...mafhumnya..tdakla Allah mnguji atau menduga hambaNya melainkan mengikut kemampuan hambaNya..maknernyer..bler kiter raser ader satu ujian yg Allah timpakan pada kiter tu trlalu brat untuk kiter galas..jgn la bmbang..sbnarnya kiter mampu mnghadapi n mnyelesaikannya..cumer blum cuba blum tau jer..heehhe..samer2 kiter renungkan dan selamat beramal.



Puisi Qolbi

Semoga persinggahan ini menjadi sebahagian dari jalan kenangan..
tak mudah meludah sesuka hati...kerana yang dicari bukan kawan dalam sepi..
tetapi teman dalam taman hati...
dalam setiap kalam yang berpuisi..lidah sentiasa salah bertutur..
pena sentiasa berdakwat tersekat..tulisan  terkadang menjadi kabur tuk dibaca..
tapi hati tak mungkin berbohong...
akal mendorong agar tak silap..
ruang ini dicipta untuk memberi dan menerima sepenuh hati...
tetapi tetamu yang singgah..tidaklah dipandang sepi..
kerana mereka juga berhak berkongsi..
semoga apa yang kita tabur di Bustanul 'Ilmi..menjadi buah yang segar di Jannah Firdausi..
apa pun santun kata..siapapun kita..dimana pun berada..semoga langkah kecil ini tak berhenti di sini..tetapi mengorak dengan penuh rasa rendah diri dalam hati kepada Ilahi Robbi...