i'll try to shrink to fit
Tuesday, 6 December 2011
Kebab Toroblusiyyah
Bahan Bahan yang diperlukan:
Semangkuk daging@ayam cincang
Sebiji bawang besar yang dipotong dadu
2 sudu minyak masak
4 ulas bawang putih yang dihiris nipis
5 tangkai cili padi yang dipotong halus
1 sudu kecil serbuk jintan manis
3 sudu makan serbuk cili
5 sudu makan yogurt
2 biji tomato yang dipotong dadu
Garam secukup rasa
Sedikit air
Cara-caranya:
Panaskan kuali.Setelah kuali panas,masukkan minyak masak.Biar sehingga minyak menjadi panas,tumiskan bawang besar,bawang putih yang telah dipotong dadu dan dihiris nipis.
Kemudian,setelah bawang naik bau dan warnanya kekuningan,masukkan cili padi,serbuk jintan manis dan serbuk cili.Kacau rata sehingga sebati dan pecah minyak.Setelah itu,masukkan yogurt dan gaul rata.
Sedikit air bagi mengelakkan kebab terlalu kering.Setelah itu,masukkan daging@ayam yang telah dicincang.Kacau sehingga daging lembut dan selepas itu masukkan tomato yang dipotong kiub serta garam secukup rasa.Matikan api.Kebab siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!
*Boleh dinikmati kebab bersama dengan roti arab@roti pita!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment