Sunday, 29 January 2012

Jawapan Penuh Hikmah Daripada Saidina Ali...


Saidina Ali KarramAllahhu Wajhah ( Telah dimuliakan oleh Allah wajahnya) pernah ditanya tentang 7 perkara,dan beliau menjawab 7 pertanyaan dengan penuh hikmah.............

1- Apakah yang lebih berat daripada langit ?

Saidina Ali menjawab : Tuduhan palsu lebih berat daripada langit.

2- Apakah yang lebih luas daripada bumi ?

Saidina Ali menjawab :Kebenaran lebih luas daripada bumi.

3- Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.


4- Apakah yang lebih keras daripada batu ?

Saidina Ali menjawab :Hati orang munafiq lebih keras daripada batu.

5- Apakah yang lebih panas daripada api ?

Saidina Ali menjawab : Penguasa yang zalim lebih panas daripada api.
6- Apakah yang lebih sejuk daripada Zamharir ( Neraka yang paling dingin ) ?

Saidina Ali menjawab :Berhajat kepada orang yang bakhil lebih sejuk / dingin daripada Zamharir.

7- Apakah yang lebih pahit daripada racun ?
Saidina Ali menjawab : Sabar lebih pahit daripada racun. Di sesetengah riwayat yang lain mengatakan: Mengadu domba lebih pahit daripada racun.





Rasulullah bersabda:
“Aku gedung ilmu dan Ali adalah pintunya, maka barangsiapa yang ingin memperolehi ilmu hendaklah ia datang melalui pintunya.”

Saturday, 28 January 2012

Nazom 'Amal Ibnu Muqoffa'


إذا تراكمت عليك الأعمال ..فلا تلتمس الروح في مدافعتها يوماً بيوم والروغان منها ..فإنه لا راحة لك إلا في إصدارها
وإن الصبر عليها هو الذي يخففها عنك والضجر هو الذي يراكمها عليك.

فتعهد من ذلك في نفسك خصلة قد رأيتها تعتري بعض أصحاب الأعمال وذلك أن الرجل يكون في أمر من أموره فيرد عليه شغل آخر أو يأتيه شاغل من الناس يكره إيتاءه .. فيكدر ذلك بنفسه تكديراً يفسد ما كان فيه وما ورد عليه حتى لا يحكم واحداً منهما.

فإذا ورد عليك مثل ذلك فليكن معك رأيك وعقلك اللذان بهما تختار الأمور ثم اختر أولى الأمرين بشغلك .
فاشتغل به حتى تفرغ منه .
ولا يعظمن عليك فوت ما فات ولا تأخير ما تأخر

Ijazah Haram

Mengimbau memori di Kuliyah ketika imtihan nisfi(exam mid year),,lihat depan mata sendiri budaya tiru meniru dalam kalangan pelajar2 pebagai negara!terkejut..Istighfar je masa tu saya n seorang teman Nabilah Mohd Ali..kecewa amat sangat!
Kira2..agak2..berapa ramaikah produk@mahasiswa/wi keluaran Kuliyah yang dengan bangganya menyarung pakaian konvokesyen mereka dan naik ke pentas menggenggam segulung Ijazah..dalam masa yg sama zero barokah sepanjang menuntut ilmu..??Fa man yaghish fa laisa minnaa..Lebih rela lihat natijah exam kita rendah asal kan dari hasil usaha sendiri...daripada natijah kita tinggi tapi melalui cara yang haram..Sungguh!!!Matlamat tak menghalalkan cara! Nak bagi anak2 dan keturunan makan apa..??kalau dapat kerja dan cari rezeki dari hasil usaha Ijazah yg haram..??Na'uzubillahi min zaalik...

Hujjatun laka aw Hujjatun alaika...

Kata seorang teman kepada saya:
"Tak hairan lah semua nie..bnyak berlaku dunia sekarang..Hafiz Quran..Tukang sampaikan Khutbah pada hari Jumaat..Imam Masjid@surau2...saya terpaksa faham..mereka manusia biasa..mereka juga tak sempurna..mereka pun berbuat silap..tak ada yg sempurna di dunia..terlihat depan mata saya..ada dalam kalangan mereka yang berpegang tangan dengan perempuan yang bukan mahram bila keluar berjalan2..ada yang meninggalkan solat(fardhu dan Jumaat),ada yang menzalimi manusia lain..ada juga yang memakan harta anak2 yatim..fitnah memfitnah...riba..rasuah..ada yang mengambil hak2 orang lain dalam sedar...inilah realiti dunia sekarang..saya kenal bnyak orang yang berperwatakan sebegitu di sekeliling saya.....saya hnya kasihankan mereka..manusia menggelarkan mereka Imam..atau Hafiz....Ustaz...ternyata Al Quran tak mampu menjadi benteng untuk menghalang mereka daripada melakukan kemungkaran sprti itu..."

Sayaang seribu kali sayang..Al Quran hujjatun laka aw hujjatun 'alaika..(Al Quran menjadi pembela bagi kamu atau pendakwa keatas kamu??).....hmm..Hafiz atau tidak..Imam atau bukan..itu bukan bezanya..pakaian TAQWA itu yang sebenarnya,,,