Thursday 6 September 2012

Warkah Cinta dari Zulaikha buat Yusuf


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM
Assalamualaikum…
Maafkan Zulaikha kalau selama ini sikap Zulaikha melayan buruk pada  insan sebaik Yusuf…Jujur dari hati ini..Zulaikha pohon seribu kemaafan dari hati yang dalam…Keras sungguh bahasa Zulaikha ketika berhadapan dengan Yusuf…maaf seribu kali maaf..kerana Zulaikha tak pintar berbahasa dan berbudi bicara dengan insan sebaik Yusuf..

Terima Kasih kerana menjadi lelaki paling penyabar buat Zulaikha, Yusuf!
Alangkah damai dapat mengenali Yusuf…Yusuf baik..Zulaikha tak baik…Yusuf tahu kan latar belakang hidup Zulaikha..?serba kekurangan..Kalau wanita itu dinikahi kerana 4 perkara…Jujur..Zulaikha tak ada apa untuk dibanggakan dengan 4 perkara itu..Agama..?Zulaikha tak pintar dan sangat kekurangan dalam agama…Keturunan..?Yusuf tahu kan Zulaikha dari keluarga bermasalah!! Harta? Harta apa yang Zulaikha ada..?Keluarga Zulaikha bukan dari keluarga kaya raya..kami tak tidur dalam memeluk peti harta..Kecantikan..?Zulaikha tak cantik, Yusuf…tapi Yusuf selalu kata..Zulaikha cantik sangat! Yusuf tak tahu apa makna kecantikan bagi  Zulaikha..??Zulaikha bukan wanita yang cantik akhlaknya..Zulaikha tak sesolehah seperti kebanyakan wanita diluar sana..Di mana kecantikan sebenarnya seorang wanita..?bukanlah pada wajah..tapi akhlak! Tapi Yusuf tetap dan selalu cakap Yusuf menerima Zulaikha apa adanya!Terima Kasih dengan sangat!

Tapi..Zulaikha sentiasa sedar diri..Zulaikha bukan lah wanita yang baik untuk Yusuf..
Cinta Yusuf  lambat sungguh untuk tumbuh di hati Zulaikha..Yusuf datang tiba-tiba dalam hidup Zulaikha…Yusuf ungkapkan..Yusuf mendambakan cinta dari Zulaikha!Zulaikha tak tahu kenapa Yusuf memilih Zulaikha! Yusuf…..sabarlah…jangan cepat membaja cinta itu! Kenali lah dulu siapa sebenarnya Zulaikha yang di hadapan Yusuf ini!

Kata yusuf:: "Zulaikha! Yusuf serius untuk bersama Zulaikha…Biarlah apapun yang manusia kata tentang diri Zulaikha..Hati Yusuf telah terlanjur mencintai Zulaikha…izinkan Yusuf masuk ke dalam hati Zulaikha sedalam-dalamnya…"

Kerana cinta yang Yusuf putikkan dalam hati Zulaikha..Zulaikha belajar mencintai Yusuf…kerana keikhlasan yang Yusuf tunjukkan..Zulaikha belajar mencintai Yusuf…sedangkan…Zulaikha tak pernah tahu..apa itu cinta..?permainankah..?pertaruhan kah..?atau sebenarnya cinta itu adalah satu perasaan suci yang sedang Zulaikha belajar dan rasakan sekarang ini..?? Ya! Zulaikha sedang belajar mencintai Yusuf…dan belajar ikhlas seperti Yusuf…Subhanallah…ikhlaskah Zulaikha…???Zulaikha tak tahu..Zulaikha hanya cuba dan sedang juga masih belajar bagaimana ‘ilmu ikhlas’ itu..agar ikhlas seperti Yusuf…

Yusuf…Zulaikha pernah dan selalu mengharapkan Yusuf bersabarlah dalam menangani sikap Zulaikha!
Zulaikha banyak sangat menyakiti Yusuf…tapi..hanya itu yang mampu Zulaikha lakukan!Hanya menyakiti…

Zulaikha letakkan banyak sungguh syarat ke atas Yusuf..Macam-macam..Zulaikha tahu..Yusuf penat!l elah…tapi Zulaikha percaya..Yusuf kuat menempuh semua syarat-syarat yang Zulaikha mahukan..kerana di mata Zulaikha..Yusuf lelaki soleh..pintar..sabar..ikhlas dan amanah dengan cinta ini..

Syarat Zulaikha tak banyak…Yusuf! Hanya ini…

1)     Yusuf…kita jangan terlalu berhubung..apa ikatan kita hingga kita mesti terus dan selalu berhubung..? Yusuf..kita tiada ikatan suami isteri..belum ada apa-apa lagi yang boleh menghalalkan kita!kenapa mesti kita sering berhubungan seperti ini..?Zulaikha tahu..Yusuf rindukan Zulaikha..Ya Allah…Yusuf ku sayang..Zulaikha juga sangat-sangat mencintai dan merindukan Yusuf..hanya Allah mengetahui bagaimana beratnya Zulaikha menggalas cinta Zulaikha terhadap Yusuf…Tapi..Zulaikha tak kuat..kalau Yusuf tak kuat!Tapi kita harus sama-sama saling menguatkan!Supaya tak ada antara kita yang terjatuh dan terjebak dalam situasi yang kita tak inginkan..Kita mencari barakah cinta kita untuk rumah tangga kita di masa hadapan insyaAllah!

2)     Yusuf…Zulaikha harap Yusuf faham dan banyak bersabar dalam mentarbiyah Zulaikha!Zulaikha tahu siapa diri Zulaikha ini!Zulaikha tak menjaga aurat!Zulaikha tak berhijab..Zulaikha sudah begini bertahun tahun Yusuf..Tak ada siapa yang mengambil berat soal agama Zulaikha! Bersabarlah!J angan terlalu mendesak Zulaikha berubah dan berbuat itu dan ini dengan cepat!Semuanya perlukan proses Yusuf! Dan proses perlukan masa!Semoga Allah sentiasa menuntun Zulaikha ke jalan yang diredhaiNya!

3)     Zulaikha harap Yusuf sentiasalah percaya dan jujur dengan cinta Zulaikha…kerana Zulaikha juga sepenuh percaya dengan Yusuf…Percayakan Zulaikha Yusuf!Percayakan Zulaikha,Yusuf! dalam setiap apapun situasi kita! Yusuf buat muka pelik bila Zulaikha minta Yusuf harus sentiasa kuat dalam mempercayai Zulaikha…kenapa..??Yusuf tahu tak kenapa  Zulaikha minta Yusuf percaya kuat pada Zulaikha? kerana…….Zulaikha sedar Zulaikha tak seperti wanita solehah lain di luar sana..Zulaikha tak berhijab..Zulaikha ramai kawan lelaki..Zulaikha mengambil ringan soal agama dan hukum..tapi Yusuf…oleh kerana itu lah Zulaikha minta Yusuf ada kepercayaan yang kuat dengan Zulaikha! Kerana Zulaikha sedang merangkak-rangkak…perlahan-lahan ke arah mengubah cara hidup Zulaikha…Zulaikha sedang cuba..dan cuba..bersabarlah Yusuf dalam proses mentarbiyah Zulaikha!

Zulaikha sedih juga bila melihat ada perempuan berhijab..sedangkan Zulaikha tak berhijab!ya Allah..alangkah teruknya Zulaikha ni! Ada juga contoh-contoh tak baik depan mata Zulaikha sendiri.wanita yang berhijab..bahkan besar lagi hijabnya Zulaikha tengok..tapi ketawa nya..?menakutkan Zulaikha…pergaulannya..suaranya..tegurannya..intonasinya..dakwahnya..caranya..pandangan sinisnya dan persepsi negatif nya  pada orang-orang yang tak bertudung seperti Zulaikha..ya Allah!Siapalah hambamu yang ‘kosong’  ini untuk menegur insan seperti mereka…kata- kata Zulaikha tak ada nilainya!

Tapi ada juga antara mereka sangat dekat dalam hidup Zulaikha..mereka tak pernah menghukum Zulaikha atau insan-insan seperti Zulaikha..mereka 'ada' dan selalu 'sedia' membimbing dengan penuh hikmah.toleransi dan mentarbiyah dengan cara yang 'menyejukkan' ..dkwah mereka menyenangkan hati..Zulaikha harap..sampai satu hari nanti Zulaikha berhijab seperti mereka....Zulaikha  mahu berhijab dan akhlak Zulaikha juga terjaga elok seperti mereka..baik luar dalam.

Yusuf….Zulaikha tak akan pernah memaksa Yusuf untuk terus bertahan dengan Zulaikha dalam mentarbiyah Zulaikha…kita tak ada apa apa ikatan suci.. pergilah kepada yang halal buatmu Yusuf..Sesungguhnya yang halal itu lebih indah…Semoga Yusuf ketemu dengan mutiara terindah dan doakan Zulaikha juga! Terima kasih atas kehadiran Yusuf dalam naskhah hidup Zulaikha!

“ Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu ..bukanlah beerti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu…Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu…kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri..seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna…nescaya tidak aka nada pendakwah!Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan!”


“SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN PERANTARAAN CERMIN”

ALHAMDULILLAH!

:: TOROBLUSIYYAH ::
:::
04:24 am
ISLAMIC CALL COLLEGE, TRIPOLY LIBYA
7 SEPTEMBER 2012 / 20 SYAWAL 1433

No comments:

Post a Comment